Tuesday, 18 February 2014

ZIARAH MESRA KMC 18 Feb 2014

Pada 18 Feb 2014, AJK KRT telah melakukan ziarah mesra di atas salah seorang warga taman yang ditahan di wad KMC Alor Setar. Semoga program ini dapat merapatkan hubungan antara sesama warga taman. Sedikit cenderahati diberikan sebagai tanda ingatan KRT dan semoga Allah memberikan kesihatan kepada beliau.

EDARAN MAKLUMAT DIRI PENDUDUK TAMAN 5 FEB 2014

Pada 5 Februari 2014, Jawatankuasa KRT telah mengedarkan risalah keselamatan serta borang maklumat diri untuk semua warga taman. Risalah keselamatan yang diedarkan memberikan tips serta maklumat no telefon kecemasan yang boleh dihubungi oleh penduduk taman. Di samping itu, maklumat diri warga taman juga dikutip untuk makluman dan simpanan balai polis Changlun.