Wednesday, 18 September 2013

ZIARAH KRT 13 September 2013

Pada petang 13 September 2013, Biro Kelestarian KRT telah melakukan lawatan ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar bagi menziarahi seorang penduduk Taman Sri Meranti kerana beliau didiagnosis menghidapi kanser. Di akhir lawatan, En Shahrul Nizam selaku wakil KRT menyampaikan sedikit cenderahati sebagai tanda ingatan dan keprihatinan.

Monday, 19 August 2013

Jamuan Hari Raya 30 Ogos 2013


Pihak KRT Taman Resak, Sri Meranti dan Seraya telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya pada 30 Ogos 2013. Majlis yang dihadiri hampir 400 orang penduduk itu diadakan di Padang Utama Taman Sri Meranti.  Tetamu dihidangkan dengan lemang,ketupat, rendang,laksa, soto, bihun, nasi tomato dan macam-macam hidangan lain lagi. Majlis ini juga diselangseli dengan cabutan bertuah dan percikan bunga api bagi menghidupkan mood raya serta sambutan kemerdekaan pada tengah malam itu. Semoga majlis seperti ini dapat diteruskan bagi memupuk semangat kekitaan dan menjalin jalinan persaudaraan di kalangan warga taman.

Program Memasak Bubur Lambuk 2 Ogos 2013


Pada 2 Ogos 2013 bertempat di Padang Utama Taman Sri Meranti, satu majlis gotong royong memasak bubur lambuk sempena Ramadhan telah dijalankan dan mendapat sambutan yang baikdari AJK KRT & SRS. Sebanyak 500 bekas bubur lambuk diedarkan ke rumah-rumah di sekitar Taman Sri Meranti, Taman Resak dan Taman Seraya.


Mesyuarat KRT 27 Julai 2013





Satu perjumpaan di kalangan AJK KRT telah diadakan pada 27 Julai 2013 bertempat di restoran Chef Mizi bagi membincangkan aktiviti KRT serta persediaan Program Memasak Bubur Lambuk yang dirancang pada 2 Ogos 2013.

SEJARAH RUKUN TETANGGA

Rukun Tetangga merupakan satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di Malaysia. Penubuhan asalnya pada tahun 1975 adalah untuk menjamin keselamatan penduduk setempat, namun pada tahun 1984, fokus pertubuhan ini diubah kepada merapatkan hubungan di antara pelbagai kaum di Malaysia dan pada tahun 2001 peranannya di pertingkatkan lagi kepada perpaduan dan pembangunan masyarakat setempat.  Bermula pada Jun 2012, Akta Rukun Tetangga telah diperkenalkan dan ia digubal bagi mengawalselia aktiviti dan pengurusan berkaitan Rukun Tetangga. Rukun tetangga adalah di bawah bidang kuasa  Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri.