Pihak KRT Taman Resak, Sri Meranti dan Seraya telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya pada 30 Ogos 2013. Majlis yang dihadiri hampir 400 orang penduduk itu diadakan di Padang Utama Taman Sri Meranti. Tetamu dihidangkan dengan lemang,ketupat, rendang,laksa, soto, bihun, nasi tomato dan macam-macam hidangan lain lagi. Majlis ini juga diselangseli dengan cabutan bertuah dan percikan bunga api bagi menghidupkan mood raya serta sambutan kemerdekaan pada tengah malam itu. Semoga majlis seperti ini dapat diteruskan bagi memupuk semangat kekitaan dan menjalin jalinan persaudaraan di kalangan warga taman.
No comments:
Post a Comment