Blog ini mula dibuka pada Ogos 2013 sebagai wadah penyaluran maklumat buat semua warga KRT
Monday, 19 August 2013
Jamuan Hari Raya 30 Ogos 2013
Program Memasak Bubur Lambuk 2 Ogos 2013
Pada 2 Ogos 2013 bertempat di Padang Utama Taman Sri Meranti, satu majlis gotong royong memasak bubur lambuk sempena Ramadhan telah dijalankan dan mendapat sambutan yang baikdari AJK KRT & SRS. Sebanyak 500 bekas bubur lambuk diedarkan ke rumah-rumah di sekitar Taman Sri Meranti, Taman Resak dan Taman Seraya.
Mesyuarat KRT 27 Julai 2013
SEJARAH RUKUN TETANGGA
Rukun Tetangga merupakan satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di Malaysia. Penubuhan asalnya pada tahun 1975 adalah untuk menjamin keselamatan penduduk setempat, namun pada tahun 1984, fokus pertubuhan ini diubah kepada merapatkan hubungan di antara pelbagai kaum di Malaysia dan pada tahun 2001 peranannya di pertingkatkan lagi kepada perpaduan dan pembangunan masyarakat setempat. Bermula pada Jun 2012, Akta Rukun Tetangga telah diperkenalkan dan ia digubal bagi mengawalselia aktiviti dan pengurusan berkaitan Rukun Tetangga. Rukun tetangga adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri.
Subscribe to:
Posts (Atom)